Makan Makanan Haram …

Assalamualaikum…

Isu pasal tajuk entry aku kali ni adalah berdasarkan permintaan dari sahabat aku.. korang ada baca tak entry aku sebelum ni? Apaaa…Tak baca?? hhhmm…kalau teringin nak baca, klik sini .
Sebelum aku berbicara panjang, aku nak minta maaf lah terlebih dahulu jika apa yang aku tulis ni mungkin tersalah atau apa2 ker yangmenimbulkan kemusykilan. Aku pun tak lah pandai sangat dalam hal keagamaan ni. Kalau korang nak tau lebih lanjut, kenalah berhubung dengan yang pakar. Aku pun baca dari blog-blog dan buku jer..ok….
Berbalik kepada tajuk aku ni, iaitu persoalan memakan makanan haram. Seperti apa yang aku baca, HALAL bukan sahaja merujuk kepada makanan, tetapi juga kepada kehidupan kita. dalam soal makanan, kita sebagai hamba disuruh oleh Allah untuk memakan makann yang halal. Seperti yang dinyatakan dalam Surah Al- Baqarah, ayat 168 : 
 ” Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” Hal ini kerana dengan memakan makanan yang halal, ia boleh menambah cahaya iman kepada kita serta juga boleh memakbulkan doa yang kita panjatkan kepada Illahi. Pengertian makanan halal dan minuman yang halal ialah :
 – halal secara zatnya.
– halal cara memprosesnya.
– Halal cara penyembelihannya.
– Halal cara memperolehnya.
ok…itu bab halal yang aku kupaskan sikit saja sebab yang banyak yang aku nak kupaskan ialah pasal makan makanan haram. Haram yang dimaksudkan dari segi makan itu ialah memakan makanan yang diharamkan oleh syarak’ seperti bangkai, makanan beracun dan seumpamanya yakni sebalik dari makan halal.Faham??? Maksudnya, kalau cara sembelih tu haram, maka, haram jugalah makanan tu.ok..ngerti ngak??
# Setaip makanan yang haram memasuki tubuh kita, akan membawa kesan yang mendalam terhadap tingkah laku kita, budi pekerti kita, hati dan juga penerimaan doa yang dipanjatkan kepada Allah.

# Kehidupan tidak tenang dan tenteram.

# Hati susah menerima kebenaran.

# Hilang rasa sensitif terhadap perkara baik.

# Bersemangat melakukan perkara jahat.

# Mewariskan penyakit.

ini jer yang dapat aku kupaskan setakat ini…moga dapat membantu…

1 thought on “Makan Makanan Haram …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge