Majlis Perkahwinan Aku ke ?

kepakkk, kepungggg..kepakkk..kepunngggg… (camni ke bunyi kompang ?) Kompang dipalu, pengantin baru. Duduk bersanding tersimpul malu…. Syok sungguhlah bila dok dengar lagu-lagu kahwin ni.  Nak tunggu majlis perkahwinan aku, memang tak tahu bila lagi. Ni ambil kesempatan letak gambar kahwin abang aku ni. Tapi lepas majlis perkahwinan tu, ramai yang ingat aku yang kahwin. Aduiiii…ni majlis perkahwinan aku ke ? Kat kad jemputan pun dah tertulis nama pengantin tu. Ini gara-gara aku jadi pengapit pengantin lah ni. Huhuhu…best juga sebenarnya, macam aku pula yang kahwin… (senyum sorang-sorang)
Ini bukan kali pertama aku jadi pengapit pengantin tapi kali kedua dah. Sebelum ni jadi pengapit pengantin untuk sepupu aku. 
kenduri, kahwin, abang, aku
majlis, kahwin, abang, aku

majlis, kenduri, kahwin
iznawzi, jadi, pengapit, abang
izwan, iznawzi, wan,
Dalam majlis ni, aku yang jadi perhatian tetamu yang hadir kerana diaorang tak kenal aku. Selama ni jarang nampak muka aku, masa kenduri ni je baru nampak. Adik aku pun tak cam aku sebab jarang diaorang nak nampak aku pakai kemas macam ni. Maklumlah, aku ni jenis yang simple je. Bila tengok gambar yang last tu, handsome juga aku ni kan ? hahahaha…. (perasan betul)

You may also like

5 Comments

  1. walaweh kacak lagi bergaya lah, bila orang dah xboleh kenal mana pengantin mana pengapit maknanya dah xlama lah tu nanti pengapit pulak jadi pengantin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge