Lagu Anak Kecil Main Api Berkumandang

Baru-baru ni aku ada tengok berita TV9. Macam biasalah, kan minggu Perhimpunan Agung UMNO. First berita akan buat liputan di Perhimpunan Agung UMNO tu. Apa yang menarik perhatian aku pada malam tu, aku tergengar lagu Anak Kecil Main Api berkumandang didalam Perhimpunan Agung UMNO tu. 
Lagu Anak Kecil Main Api itu dinyanyikan oleh perwakilan Kelab UMNO Tokyo, Arif Yasir Zulkafli berasal dari Pokok Sena, Kedah. Terharu dan tersentuh apabila aku dengar lagu itu berkumandang. Kali terakhir aku nyanyi lagu tu masa umur aku 12 tahun. Dah lama dah… Kalau difahami baik-baik bait lirik lagu ini amat menyentuh perasaan.
Bagi aku, bait-bait lirik lagu ini adalah ‘simple’ dan mudah difahami. Lagu ini menuntut kita agar tidak hanyut dan lalai. Jangan kerana sesuatu tetapi kita yang tergadai. Lagu ini perlu diperkasakan agar generasi sekarang tidak lalai dan hanyut. Harta benda yang dimaksudkan dalam lirik lagu itu boleh diterjemahkan kepada banyak perkara, contohnya maruah kita. Itu adalah harta yang tak ternilai harganya. Jangan kerana inginkan sesuatu kita sanggup gadai maruah diri kita. Ini fahaman aku melalui lagu ini. 
Terima kasih saudara Arif Yasir Zulkafli kerana membawa kembali lagu ini dalam ingatan.
perwakilan, kelab, pelajar, tokyo,arif, yasir, zulkafli

Arif, yasir, zulkafli,anak, kedah, perwakilan, pelajar,perhimpunan,UMNO

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge