Kisah Si Tukang Kayu

kisah, si, tukang, kayu, yang, penuh, pengajaran.
Terdapat seorang tukang kayu yang semakin ditelan usia. Pada suatu hari, dia
bercadang untuk bersara daripada kerjanya sebagai tukang kayu yang mana dia bertanggungjawab
membuat rumah di sebuah syarikat pembinaan. Dalam fikirannya, dengan tenaga yang
semakin kurang, dia ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga
tersayang. Tukang kayu ini tahu bahawa dia tidak akan menerima lagi upah
sekiranya dia bersara. Tetapi, dia tetap dengan keputusannya itu.Lalu, tukang
kayu itu memberitahu majikannya tentang hasratnya tersebut.Apabila majikannya
mendengar luahan hati tukang kayu yang berpengalaman itu, majikannya berasa
sedih dan memujuk tukang kayu tersebut agar menarik balik keputusannya.Akan
tetapi, tukang kayu itu tidak berganjak dan tetap dengan niatnya untuk
bersara.
Justeru itu, majikannya bersetuju dengan keputusan tukang kayu itu,
tetapi dengan satu syarat.Permintaan terakhir majikannya ialah menyuruh tukang
kayu itu membina sebuah rumah buat kali terakhir.Tukang kayu itu merasa gembira
dan bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan oleh majikannya.Tetapi,
kegembiraannya untuk bersara mengatasi semangat dan kemahiran yang ditunjukkan
semasa bekerja.Akibatnya, rumah yang dibina buat kali terakhir itu telah
disiapkan dengan sambil lewa, tanpa penelitian khusus serta menggunakan kayu
yang rendah kualitinya.
Rumah itu berjaya disiapkan dalam jangkamasa yang
singkat.Apabila majikannya melihat rumah itu, dia mengambil kunci pintu utama
rumah tersebut dan memberikannya kepada tukang kayu itu seraya berkata
“Inilah hadiah persaraan daripada saya kepada kamu.Selamat
bersara.”Tukang kayu itu terkejut besar dengan kata-kata majikannya.Beliau
tidak menyangka bahawa rumah yang dibinanya buat kali terakhir itu adalah rumah
untuk kegunaannya sendiri. Alangkah menyesalnya dia kerana menyiapkan rumah itu
secara tergesa-gesa dan jika dia tahu sebelum itu, dia akan membina rumah
tersebut dengan penuh teliti dan menggunakan bahan yang bermutu tinggi.
tukang, kayu, menyesal.
Senario ini mungkin pernah berlaku di dalam hidup kita
seharian. Hidup ini boleh diibaratkan sebagai membina sebuah rumah untuk
kegunaan dan kemudahan kita di masa hadapan. Kita pula sering mengambil mudah
dengan kehidupan sekarang, kita merasa selesa kerana ibu bapa kita sentiasa
berada di samping kita, memberi sokongan dan membantu kita.Tetapi, sedarkah
kita apabila mereka tiada nanti, siapakah yang bertanggungjawab ke atas hidup
kita? Tak lain tak bukan DIRI KITA SENDIRI. Belajarlah bertanggungjawab dan
bijak merancang masa depan kita. Gunakan masa muda ini dengan belajar
bersungguh-sungguh dengan cita-cita untuk menjadi seorang manusia berguna
kepada agama, keluarga, bangsa dan negara.”Berusahalah
dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi
keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi
dalam keadaan sedar atau tidak.”

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge