Kisah Janda 18 Tahun

janda, isteri, hot,

Ada sorang
duda anak 2 yang tinggal di sebuah kampung.. Amat nama duda ni. Amat ni dah 3
tahun menduda  setelah kematian
isterinya.
Pada satu hari , Amat yang dah lama kesepian terfikir kenapakah dia tidak
mencari pengganti arwah isterinya, ada juga yang akan menjaga dirinya nanti,
fikirnya lagi. Amat pun cuba la merisik-risik dengan kekawannya, manala tau
kekawannya ada calon yang sesuai.

Usin, kawan
karibnya yang mendengar berita itu segera datang berjumpa dengan Amat kerana
dia ada calon yg sesuai untuk Amat. Amat sungguh gembira bila mengetahui calon
yang Usin nak rekomenkan adalah janda 18 tahun. Beria-ia benar Usin supaya Amat
menerima pilihannya.
“Nak ke dia kat aku yang dah tua ni , Sin ??” tanya Amat.

“Kau tu pun bukannya tua sangat Mat, baru 36 tahun, rupa pun hensem lagi
apa!” kata Usin membodek Amat. “Tapi… .kalau aku boleh jalankan,
boleh tak kau bagi aku pinjamkan RM500 ?? Aku nak pakai duit la..” kata
Usin lagi.

“Jangankan RM500, RM1000 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh
jalankan.. tak payah pinjam” kata Amat tanpa berfikir panjang. Usin pun
segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Amat.

“Kau tak payah susah2, semua aku uruskan, kau tau siap” janji Usin
kepada Amat.

Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu2 oleh Amat, hari dimana dia akan
disatukan dengan isterinya yang baru, Leha nama bakal isteri Amat. Hari tu Amat
sungguh segak dengan pakaian untuk upacara akad nikah dengan Usin disebelah
sebagai pengapit yang memanjang tersenyum setelah koceknya berisi wang RM500
pemberian Amat.

Siap sahaja majlis akad nikah , tiba la masa yang dinanti-nantikan oleh Amat, iaitu
untuk bertemu dengan isterinya. Amat pun dijemput untuk masuk ke dalam bilik
pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang.

Tapi alangkah terkejutnya Amat bila didapati seorang perempuan tua yang layak
digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang sungguh menggoda. Amat
mulanya merasakan itu hanyalah satu gurauan dari pihak pengantin perempuan
namun bila mak andam beria-ia menyuruh nenek itu mencium tangan Amat, baru la
Amat sedar itulah isterinya yang selama ini dibayangkan seorang janda muda 18 tahun.

“Usinnnnnnnnnn! !!!!!” jerit Amat sambil berlari keluar mencari Usin.
Usin yang ketika itu sedang menjamu selera terkejut beruk mendengar jeritan
Amat. ” Kau tipu aku Sinnnn!!!” jerit Amat sambil mencekik leher
Usin.

“Tipu apa plak ” tanya Usin bingung.

“Kau kata 18 tahun!!!!” balas Amat.

“Laaa… bukan umur dia yang aku maksudkan 18 tahun tapi dia dah menjanda
18tahun!!!”

“Mintak balik duit akuuuuuuuuuuu! !!!!!!!”

You may also like

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge