Khas Untuk Wanita:- Doa Khusus Elak Rogol Dan Cabul

doa, untuk, wanita, untuk, elak,di, rogol

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi
kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari
terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan
lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.
Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah.
Iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من
قال بِسْمِ اللَّهِ الذي
لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ
شَيْءٌ في الأرض ولا
في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ
بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ
قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ
مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ
بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA
LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama
Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan
di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka
ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan
barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan
musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan
Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)
Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim
a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya
melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ
اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ
وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على
زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ
الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA
BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA
AZ-ZALIM
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan
Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah
aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari,
no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari,
6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan
lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila
diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga
kehormatannya dan sudah tentu auratnya.
Justeru, seolah-olah kemakbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk
beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini
masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti
bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya
penampilan fizikal anda.
Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh,
berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah
tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t
tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana
kedegilannya sendiri.

sumber : kenalan aku

5 thoughts on “Khas Untuk Wanita:- Doa Khusus Elak Rogol Dan Cabul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge