Kenapa Perlunya Bermaafan Di Aidilfitri?

Setiap pagi hari raya pasti kita sekeluarga akan kumpul untuk bersalaman dan bermaafan sesama kita. Sudah menjadi adat di hari raya perkara ini berlaku disekeliling kita. Kenapa perlunya kita bermaafan di Aidilfitri?

salam, bermaafan, sesama, kita, di, Aidilfitri

1. Mahatma Ghandi dalam salah satu kata-kata hikmah beliau ialah,
Orang berani yang sejati ialah mereka yang sedia meminta maaf dan memaafkan orang lain.
2. Perdana Menteri Pertama India, Nehru pernah ditanya oleh penguasa British;
Apakah kamu tidak berdendam kepada British setelah apa yang mereka lakukan kepada anda sepanjang dijajah suatu ketika dahulu?
Jawab Nehru;
Sepanjang kami berjuang bersama Ghandi, 2 perkara utama yang kami pelajari dari beliau iaitu pertama; Jangan takut pada orang dan kedua; Jangan benci pada orang
3. Nabi Muhammad SAW sebelum hijrah baginda ke Madinah, baginda berhijrah ke Ta’if. Di sana Nabi disambut dengan maki hamun, cercaan dan segala amukan fizikal yang akhirnya menyebabkan nabi cedera teruk.
Apabila datang Malaikat menawarkan balasan ke atas para penduduk Ta’if, nabi berkata,
Jangan… mungkin mereka melakukan begitu kerana mereka tidak tahu… 
Nabi memaafkan malah nabi tidak berdendam.
4. Ketika peristiwa pembukaan Kota Mekah, nabi telah mengepung Kota Mekah menyebabkan kaum Quraisy yang suatu ketika dahulu pernah menganiayai nabi tidak mampu berbuat apa-apa termasuklah Abu Sufian.
Nabi memaafkan semua orang. Malah nabi mengutuskan sahabat untuk menghantar hadiah serban kepada Abu Sufian sebagai tanda persahabatan dan kemaafan.
5. ‘Eidul Fitri ertinya kita menyambut kembalinya manusia kepada FITRAH. FITRAH ertinya bersih, tiada siapa yang kalah. Semua 0-0. Justeru, marilah kita menyambut Hari Raya dengan saling bermaaf-maafan. Mudah-mudahan kita kembali kepada FITRAH.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge