Kenapa Blog Tak Dapat CPUV?
Hari ni aku nak menjelaskan kepada blogger kenapa blog tak dapat CPUV? Mungkin ramai dikalangan blogger diluar sana sudah pun dapat CPUV daan mungkin ramai yang tidak dapat lagi. Semua penerangan ini adalah berdasarkan pertanyaan aku kepada pihak nuffnang bagi membantu rakan blogger yang lain.
Pertama kali, kita harus faham bahawa CPUV bukan Buffered Earnings. Buffered Earnings, Metered Earnings, dan sebagainya hanyalah istilah yang digunakan untuk kempen CPUV. Untuk mendapat ruang bagi Buffered Earning pada Earnings korang, blog korang haruslah dipilih oleh Pihak Pengiklan (Advertisers) Nuffnang. Terdapat beberapa faktor untuk menentukan peluang blog korang dipilih untuk kempen CPUV oleh pihak Pengiklan (Advertiser) iaitu :-
# Sebagai pengiklan, mereka mempunyai pasaran khusus untuk kempen mereka. Jika blog korang bertepatan dengan pasaran produk mereka, maka peluang untuk blog korang dipilih adalah sangat tinggi.
# Kepentingan ruangan ‘survey’. Kebanyakan blogger tidak mengisi ruang ‘survey’ yang disediakan dengan betul berdasarkan blog korang.Ruangan ‘survey’ ini berfungsi untuk pengiklan (Advertisers) tahu blog korang berkaitan apa. Jadi, kemaskini ruangan ‘survey’ sekarang!!!
# Tempatkan ruang iklan ditempat yang betul. Ini sangat penting kerana ruang tempat pengiklanan sangat penting bagi pihak pengiklan (Advertiser). Pihak pengiklan telah menghabiskan wang untuk mencorak iklan serta membeli ruang iklan. Jadi, mereka perlu memastikan mesej yang ingin mereka sampaikan kepada pengguna sampai.
Nuffnang berkata lagi, keahlian ekslusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana pihak pengiklan lebih cenderung untuk meletakkan iklan pada blog yang berstatus Glitterati. Bukan ahli biasa tidak dipilih tetapi angka pemilihan adalah rendah berbanding ahli Glitterati.
Oleh itu, tetapkan matlamat dan tujuan blog korang, ikut faktor yang ditetapkan, insyaAllah blog korang akan terpilih oleh pihak pegiklan untuk letakkan iklan mereka.
p/s : Semoga ini dapat membantu korang untuk menarik hati pihak pengiklan.
xdpt lg…sedih2
sabar bro..ikut tips kat atas tu, insyaAllah boleh..
tq ..sgt membantu
Sebulan advertise…Sesen pon belom ada lagi.Takpe~Blogging suke2 jer~
Bukan semua yg bernasib baik nk dapat CPUV Nuff..
tak pernah dapat pun…
salam. sejak sy daftar thn 2008 earning sy masih di bawah rm20! Huwaa!!!!
tak pernah dapat CPUV dari nuffnang ni
Tak dapat-dapat lagi. huhu~
Tq for the input…usaha tangga kejayaan!!!