Kemana Halatuju Selepas SPM

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah melabuhkan tirainya. Kini debaran untuk menanti keputusan SPM. Kemana halatuju anda selepas SPM ? Dalam menanti umumnya keputusan SPM pelbagai perasaan yang datang. Apabila melihat keputusan yang keluar, mulalah pelbagai reaksi dari kita.
Setelah melihat keputusan keluar, mungkin ada yang akan sambung belajar, mungkin juga ada yang mahu terus kerja kerana dek keputusan tidak melepasi sasaran. Tahukah anda, SPM adalah satu platform untuk kita mengenal potensi diri kita. Bagi yang masih belum tahu kemana halatuju selepas SPm dan apa yang harus dilakukan, kini banyak pihak yang sudi tampil memberi penjelasan untuk lepasan SPM. Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan antaranya penerangan mengenai kos yang bakal diambil, kerjaya yang sesuai dengan kos yang diambil.
Sebagai contoh, Sunway College bakal mengadakan hari terbuka untuk anda lepasan SPM. Bagi anda yang masih kabur kemana halatuju selepas SPM boleh lah kesana. Pelbagai info dan maklumat yang bakal anda dapat jika anda ke Hari Terbuka Sunway College. Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke http://sunway.edu.my/openday

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge