Kejadian di khalayak ramai

Tadi pagi aku dengar Hot Chat kat Hot FM. Kisah hot chatt pagi ini iaitu “Kejadian di khalayak ramai “.

Ni dah lepas dah cerita ni…huhuhu…. Perempuan ni sebenarnya tak dapat nak tahan diri dari buang air kecil. Dan disebabkan itu dia terkucil kat sini. Kes dia mandi tu sebab dia tak boleh tahan dengan bau busuk dan tak biasa dengan bau busuk, sebab itulah dia mandi. Ini cerita perempuan tu di khalayak ramai, jom tengok cerita lain pula…

 Ni mesti macam bonggol unta kan?

 Sebab tu dalam Islam suruh perempuan pakai tudung menutupi dada…

Cerita aku pula masa aku tahun 2 kalau tak silap. Ada hari tu aku balik sekolah berjalan kaki dengan 2 orang kawan aku. Sepanjang jalan balik rumah tu, kawan aku ada cerita pasal hantu. Cerita punya cerita, bila sampai kat Taski dia pun kata, ” Cuba tengok buaian tu, ada 3 kan ? Tapi kenapa buaian yang tengah tu jer bergerak? “. Aku pun jawablah angin yang gerak kot… Pastu dia kata, tu hantu lah…… aku diam tanpa kata dan terus jalan balik rumah.

Petang tu, aku pergi ke Taski tu untuk kelas Al-quran dan aku tengok ada kawan-kawan aku main kat buaian tu. Dan, dengan tidak menghiraukan orang lain, aku pun jerit kat diaorang, ” Weiii..jangan naik..jangan naik..ada hantu wei…”  Tahu apa reaksi diaorang ? Diaorang buat selamba jer, macam aku ni tak wujud…hampeh betul…Lepas tu, aku tak percaya lah apa yang dua orang kawan aku tu cakap…….Malu gila wei…Dan sekarang aku jadi seorang yang pemalu…hahahaha……

You may also like

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge