JENIS JENIS HUTANG

terdapat, beberapa, jenis, hutang, keliling, kita
Menurut saudara Azizul Azli Ahmad, terdapat beberapa jenis hutang, antaranya :
1. Hutang
Jahat – Apa sahaja hutang yang dibina dan ‘tidak untungkan kita’. Malah hutang
itu membebankan kita. Hutang Pinjaman Peribadi sebagai contoh. Liabititi
2. Hutang
Baik – Hutang yang dibina memberi ‘nilai tambah’ pada kita. Hutang bina aset
atau beli hartanah. Barang yang kita beli semakin tinggi nilainya. Pinjaman
Perumahan dan Pendidikan antara hutang yang baik. Aset.
3. Hutang
PTPTN – Bayar segera, nanti susah nak keluar negara. Takkan cuti nak bergambar
di Pantai Merdeka & Port Dikson saja. Macam mana nak upload foto di Insta
dengan rasa bangga. Jom Turkie?
4. Hutang
Kahwin – Jangan berhutang untuk buat kenduri kahwin. Itu bukan tanda syukur,
itu tanda tak pandai ukur.
5. Hutang Kad
Kredit – Bayar segera hutang kad kredit ini, kadar 15%-18% yang kita kena bayar
boleh jadikan kita papa kedana. Ramai orang muda dah kena
6. Hutang
Court Maut – Jangan beli perabot jika belum mampu, tidur tilam lipat bukan satu
dosa. Tapi bina banyak hutang dilarang agama.
7. Hutang Ah
Rahnu – Masuk dalam sistem CCRIS sebagai orang yang tiada kemampuan kewangan.
Bank tak berapa suka kita sebenarnya. Jangan beli emas dan pasang impian nak
pajak di Ah Rahnu. Itu kerja gila.
8. Hutang
Kawan – Kawan kita akan ingat kita sampai bila bila. Selagi kita tak bayar
jangan ingat dia lupa atau kita buat buat lupa. Bayar segera!
9. Hutang
Along – Baik bayar kalau tak nak kena anu kena ‘potong’.
10. Hutang
Budi – Amalan yang baik, amalkan ini selalu jika nak tawan hati gegadis. Nampak
beg tangannya jenama pasar malam, belikan Gicci yang ori bagi.😉
Kenali hutang
kita sebelum ia telah hidup kita.
Gegadis tak
suka kita hutang ‘kata kata’, kalau dah suka cakap saja. Jangan nak simpan-
simpan acah hispter 😜
credit : Azizul Azli
Ahmad
#HapuskanHutangSegera
#KongsikanJikaBermanfaat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge