Jemputan Ke Program “Pray For Malaysia”

Assalamualaikum..
program, pray, for, malaysia, tvalhijrah
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir ke program ”Pray For Malaysia” yang akan diadakan pada 15 Ogos 2014 (Jumaat) jam 7.00 malam di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Program akan dimulakan dengan solat maghrib secara berjamaah di Dataran Merdeka diikuti bacaan yasin. Majlis kemudiannya diteruskan dengan solat Isya’ dan solat hajat yang akan dipimpin oleh Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. Oleh itu semua yang hadir dipohon dapat membawa bersama sejadah bagi kegunaan pada malam tersebut dan sebaiknya hadir dalam keadaan berwudhuk atau membawa air bagi tujuan tersebut. Hadirin juga digalakkan membawa bersama naskhah yasin.
Pada malam tersebut juga, Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan akan memimpin bacaan Doa Untuk Malaysia bagi mendoakan kesejahteraan negara sempena kemerdekaan negara ke-57 dan terjauh dari bala bencana.
Program tersebut kemudiannya diteruskan dengan selawat yang akan dipimpin oleh Habib Syech Abdul Qadir Assegaf dari Indonesia. 
Semua muslimin muslimat dijemput hadir.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge