JANGKAAN HARTANAH 2018

jangkaan, hartanah, 2018
1. KUASA MEMBELI SEMAKIN KECIL
Bila ekonomi suram, kuasa membeli semakin mengecil. Orang makin takut membeli dan ada komitmen hutang rumah yang panjang.
2. RUMAH MAMPU BELI KURANG.
 Suku pertama 2017 hanya 21% rumah bawah RM250k. Bagi golongan B40 hanya mampu beli kediaman bawah RM250k sahaja.Kediaman jenis ini paling kurang dibina sedangkan golongan ini adalah 40% penduduk.Purata rumah yang tidak terjual adalah berharga RM589,224.00!
3. RUMAH TAK TERJUAL SEMAKIN BANYAK
 Rumah tak terjual 20,807 bernilai RM12.2 billion meningkat 40%
4. PEMAJU SEMAKIN TERTEKAN
 Semua pemaju mengambil pembiayaan bank untuk bina rumah. Bank hanya beri pembiayaan jika 40%
rumah tersebut terjual. Pemaju tawarkan pelbagai skim zero deposit, skim penjawat awam, 1% deposit,cash back, free umrah, free perabot, free parking banyak yang free diberi.
5. JANGAN TERBURU MEMBELI
 Jika kerjaya belum stabil, jangan bina hutang rumah dulu sebab tempoh 30 hingga 35 tahun hutang.
6. PASARAN SEKUNDER JUGA TERLEBIH
Hartanah ini akan di jual dibawah harga pasaran. Jenis hartanah ini juga mula ada lebihan tidak boleh dijual kembali lebih RM4.0 billion.
Pemaju menjual pada harga over value menjadikan golongan pembeli yang ingin jual lepas
siap tidak laku!
7. PEMBIAYAAN BANK SEMAKIN KETAT
 Bank akan lebih teliti pembelian kakitangan swasta dan pemaju mencari pekerja kerajaan yang stabil sebagai pembeli mereka.
8. JANGKAAN PILIHAN RAYA 2018
 Orang menanti kesan selepas pilihanraya, apakah polisi akan kekal atau dasar perumahan akan berubah. Semua orang ternanti. Ada yang tunggu lepas pilihanraya baru membeli.
9. NILAI RINGGIT MASIH MENGECIL
 Matawang kita masih tidak stabil, jangkaan ia akan kekal seperti ini sepanjang tahun.
10. PELUANG PEKERJAAN KURANG.
 Sebagaimana langkah kerajaan mengekalkan jumlah kakitangan dengan memaksimumkan tenaga kerja.
Begitu juga swasta, mereka akan lebih berhati hati untuk mengambil kakitangan baru.
11. SKIM MY DEPOSIT 2018
 Bagi merancakkan kembali pasaran hartanah skim ini kembali diperkenalkan. Beli hartanah yang betul, bukan hartanah yang kita suka.
12. KAJIAN SEMULA PR1MA
 Kerajan harus mengkaji semula keberkesanan projek PR1MA. Bagaimana Projek Rumah Selangorku dan Rumah Rakyat di Johor lebih murah dari projek PR1MA.
Ada negeri yang projek PR1MA tidak selari dengan median gaji penduduk setempat.
13. PELABUR SEJATI
 Selagi ada tawaran munasabah dan harga dibawah pasaran, mereka kekal membeli.
14. SIMPAN DUIT KITA SEBAGAIMANA SURAH YUSOF 44-47.
 Akan sampai zaman susah, buatlah simpanan sebagaimana saranan Nabi Yusof a.s sebagaimana  diceritakan dalam Quran.
Apakah kita akan jadi seperti 72% sahaja penyimpan ASB yang hanya ada simpanan RM536.!
Sahaja.
Selamat Tahun
Baru 2018 kawan
Azizul Azli
Ahmad
Pelabur Kecil
#BinaMatlamatKewangan2018
Kemarau ini
akan panjang, bersedialah kawan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge