Isu Sheera Iskandar Bertudung

pelakon, sheera, iskandar, bertudung
Entry ini aku buat adalah untuk memberitahu perkara sebenar isu Sheera Iskandar Bertudung. Hari ini berita mengenai Sheera Iskandar bertudung dah diketahui umum sebaik sahaja Berita Harian Online menerbitkan berita ini di laman facebook mereka. Aku pun sebenarnya juga terkejut apabila berita ini keluar.

sheera, iskandar, anak, pelakon, aznah, hamid, bertudung
Setelah berita ini keluar, aku ada bertanya kepada Sheera sendiri bagaimana wartawan mengetahui hal ini. Sheera cakap, wartawan berkenaan terjumpa dengannya semasa bulan puasa di Jalan TAR. Hari ini baru wartawan berkenaan tanya perkara tersebut kepada Sheera dan terus mengeluarkan artikel seperti diatas. Dan muncul lah golongan “Keyboard Warrior ” yang suka hentam. Bukan salah Sheera jika artikel itu dikeluarkan. Bukan kehendak dia pun.
komen, negatif, isu, artis, bertudung
Sheera Iskandar kan seorang pelakon, jadi apabila wartawan dapat tahu perkara ini, wartawan akan buat kerja mereka. Mungkin tak penting bagi anda tapi penting bagi orang lain. Contohnya penerbit tv atau drama, pengarah dan juga peminat dia. Penerbit dan pengarah berhak tahu perkara ini supaya nanti apabila mereka ingin menawarkan lakonan kepada Sheera, mereka akan menawarkan watak yang sesuai dengan imej Sheera sekarang.
Siapa kita untuk menilai dan berkata-kata atas perubahan seseorang. Islam sendiri mengajar kita untuk berhijrah. Kita haruslah menyokong jika seseorang itu berubah ke arah kebaikan. 
Sebenarnya sebelum wartawan berkenaan tanya Sheera Iskandar, aku ada juga tanyakan perkara tersebut kepada Sheera sendiri semasa aku hendak buat Cerita Raya Sheera. Tapi Sheera mengambil keputusan untuk tidak menceritakan perkara ini kepada umum dan ingin merahsiakannya.Katanya,”isu pakai tudung tu tak payah lah cerita.”
Aku percaya setiap orang ada kisah hijrahnya sendiri.Takdir indah yang membawa seseorang itu kembali ke pangkuan Dia yang dicintai. Hayatilah sepotong ayat dari surah An-nur ini.
surah, annur, ayat, 35

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge