Gara-gara janji

Alhamdulillah… hari ini secara rasminya keputusan UPSR diumumkan. Dan dari jumlah yang menduduki UPSR hari itu, adik aku adalah salah seorang darinya. Hari ini, dia bangun awal gila.. Semangat nak ke sekolah untuk ambil keputusan UPSR, padahal keputusan secara rasmi umum pada pukul 10.00 pagi. pukul 7.00 pagi dia dah bersiap ke sekolah. Ya Allah…. tak sabar dia nak tahu keputusan UPSR. 
Alhamdulillah, dengan semangat dia di awal pagi tu, dia dapat keputusan yang baik dari keputusan percubaan UPSR. Dapat berapa? hehehehe… adalah…… Sebelum ni, semua ahli keluarga janji dengan dia kalau dia dapat ‘A’ dia akan dapat hadiah. Adik bongsu katakan…. Abang aku janji nak bagi RM50 kalau dia dapat satu ‘A’. itu baru seorang abang, dia ada 5 orang abang dan 2 orang kakak… Waaauuuuuu…kaya dia… tapi aku tak janji apa-apa dengan dia lagi.hihihi… Setiap orang janji yang berbeza. gara-gara janji tu, aku rasa sekarang ni dia dah mula untuk menuntut janji. Apa-apa pun, tahniah ye adik kerana dapat keputusan yang baik.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge