Gambar Khairy Jamaluddin Sertai Latihan Payung Terjun
YB Khairy Jamaluddin merupakan Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang sangat aktif. Beliau juga merupakan ahli wataniah Rejimen 508 dan baru sahaja dikurniakan pangkat Kolonel.
Untuk makluman KJ berjaya menamatkan Kursus Ahli Paracut Statik Tahap 1 yang diadakan di Zon Gugur, Padang Terap, Kedah Darul Aman pada 17 Februari 2011. Kursus Ahli Paracut Statik Tahap Satu Siri APS/1/2011 selama lima minggu dan Kursus Ketua Penerjunan Tahap Dua Siri KP/1/2011 selama enam minggu dikendalikan Cawangan Payung Terjun Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK)
Aktif sungguh Menteri Belia dan Sukan kita ni.
Kredit : MalaysiaMilitaryPower