Fir Rahman Teruja Sambut Raya Sebagai Bapa

Fir, rahman, pelakon, lelaki, singapura, ramadan, jangan, pergi, tv3

Entry kali ini istimewa buat peminat pelakon drama Ramadan Jangan Pergi iaitu Fir Rahman. Dalam entry kali ini Fir Rahman berkongsi cerita pertama kali dia sambut raya sebagai bapa.

Fir Rahman mengakui teruja sambut raya pada tahun ini kerana ini adalah tahun pertama beliau dan isteri menyambut raya sebagai Bapa dan Ibu. Kehadiran putera sulung mereka memberi seribu kegembiraan buat mereka. Keterujaan menyambut Aidilfitri tahun ini sebagai seorang bapa membuak-buak apabila dia sudah membuat persiapan raya mereka anak-beranak.
“Maklumlah tahun ini merupakan tahun pertama saya dan isteri beraya sebagai ibu dan bapa, tentulah kami semangat berkobar-kobar menyiapkan segala kelengkapan sebaik yang mungkin. Bagi tahun ini kami memilih tema warna emas,”katanya yang akan menyambut Aidilfitri di Singapura.

Apabila ditanya mengenai kuih kegemaran setiap kali hari raya, Fir Rahman memberitahu bahawa dia sangat menyukai kuih makmur dan juga tart nenas.

pelakon, ramadan, jangan, pergi, Fir, Rahman, dari, singapura, handsome

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge