Sinopsis Filem Mamak Cupcake

filem, komedi, mamak, cupcake, lakonan, shaheizy, sam, siti, saleha
Filem Mamak Cupcake ini dilakonkan oleh Shaheizy Sam, Siti Saleha, Faizal Ismail, Maria Farida, Natasha Hudson dan ramai lagi. Mamak Cupcake bakal menemui penonton semua pada 28 Ogos 2014.Kalau nak tengok bagaimana rupa Faizal Ismail bila ada rambut, ini lah masanya. Filem ini ditulis oleh M.Zul dibawah arahan MJ Woo dan terbitan Grand Brilliance.
shaheizy, sam, samad, pelakon, popular, abpbh
siti, saleha, cantik, cun, pelakon
natasha, hudson, ikon, fesyen, dan, model
rupa, faizal, ismail, FBI, bila, ada, rambut
Sinopsis: Filem ini berkisar tentang seorang anak jati Penang berketurunan Mamak iaitu MJ (Shaheizy Sam) yang mempunyai konflik minat dan matlamat hidup yang sangat berbeza di mana MJ amat meminati pembuatan kek cawan atau cupcake.
Malangnya, hasrat beliau terhalang kerana terpaksa bertarung hasrat bapanya yang menginginkan beliau untuk mewarisi perniagaan tradisi keluarganya. MJ hampir berputus asa sehinggalah beliau berjumpa dengan seorang gadis iaitu Juliana (Siti Saleha) yang mengembalikan semangat beliau.
Jadi, yang mana satukah pilihan MJ? Adakah MJ akan terus meneruskan perjuangan beliau demi minat ataupun meneruskan tradisi turun temurun perniagaan keluarganya? Nantikan kesudahan filem Mamak Cupcake yang bakal menemui anda tidak lama lagi.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge