Episod Akhir Walau Sedetik Cuma

Semalam merupakan episod akhir bagi drama bersiri Walau Sedetik Cuma yang disiarkan di TV Alhijrah. Drama terbitan Zeel Production ni sangat menyentuh hati dan kalbu. Aku ucapkan setinggi tahniah kepada pihak produksi, pengarah, pelakon dan semua yang terlibat dalam drama Walau Sedtik Cuma ini. Ini lah kisah cinta romantik yang penuh tragis dan bercirikan keislaman. 
drama, walau, sedetik, cuma, lakonan, zul, ariffin, dan, sheera, iskandar
Ini membuktikan walaupun cerita drama adalah berkonsepkan romantik, tak semestinya untuk tunjukkan romantik itu dengan berpelukkan dan juga berpegangan tangan. Drama ini full dengan konsep Islamik. Tahniah diucapkan kepada barisan pelakon iaitu Zul Ariffin, Sheera Iskandar, Hairi Safwan, Ana Dahlia dan ramai lagi. Mereka ini lah yang melakonkan babak romantik, bercinta, berkasih sayang tanpa menyentuh sesama mereka.

Dalam episod akhir Walau Sedetik Cuma, memang sangat sedih dan pastinya membuatkan semua penonton menangis. Disebalik kesedihan, ada juga terselit babak yang membuatkan kita ketawa. dalam episod ini, bait-bait yang aku ingat ialah apabila Azhan berdoa…
” Ya Allah, berikanlah aku kesempatan untuk melihat pewaris keturunan ku.”

zul, ariffin, dan, sheera, iskandar, pelakon, walau, sedetik, cuma, tv, alhijrah

Terus berderai air mata membasahi pipi ini. Ini yang aku ingat. Tapi di bawah ni adalah berdasarkan skrip yang betul..

“Ya Allah..bukan aku tamak dengan semua nikmatMu.Sebelum ini aku pernah meminta supaya Kau kuatkan aku untuk melepaskan semua yang aku sayang didunia ini..
Tapi Ya Allah..aku cuma ada satu permintaan. Kau berilah aku kesempatan untuk melihat, mengazankan dan mendukung zuriatku..

Bukan kerana aku terlalu cintakan duniaMu ini..tapi..aku hanya ingin melihat wajah zuriat keturunanku..”

Syabas diucapkan kepada Nurull Halawati, kerana menulis kisah ini dengan baik sekali. Tahniah juga diucapkan kepada pengarah Saipul Bahri Othman kerana mengarah drama ini dengan begitu cemerlang. Aku harap akan ada lagi cerita begini. Drama ini bukan hanya sekadar drama tapi banyak memberi manfaat dan mengajar kita. Ini juga diakui oleh peneraju utama drama ini iaitu Zul Ariffin yang melakonkan watak sebagai Azhan.

twitter, zul, ariffin, pelakon, rindu, awak, 200%, walau, sedetik, cuma

Semua orang mengakui hakikat mati itu datang tiba-tiba..Tapi hairan..manusia yang mengakui pasti mati itu terus hidup dalam leka…. Walau Sedetik Cuma.
episod, akhir, drama, walau, sedetik, cuma, tv, alhijrah, lakonan, zul, ariffin

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge