Durian Crepe

Durian crepe….Sedap tak ? Semalam ada seorang kenalan facebook nak cari durian crepe ni. Dia nak tempah dalam 350 keatas. Disebabkan itu, aku pun cuba lah google cari pasal durian crepe ni. Nak cari harga yang murah, sedap dan menarik.. Dia tinggal area Kuala Lumpur, nak tempah untuk satu majlis bulan Disember nanti.
sedap,durian,crepe,duriancrepe,

durian, crepe, sedap,makan, lepas, keluar,dari, peti, sejuk,crepe,durian

Sedapnya aku tengok…. Ada tarikan yang menggoda tue…Masa aku godek-godek google semalam, banyak yang jual area Kuala Lumpur. Kat area aku ni tak banyak. Lepas tu, aku cuba lah cari resepi durian crepe ni. Hah…Jumpa…tapi pandai ke aku nak buat ? Rasa pun tak lagi dah nak buat…hhhhmmm…

Resepi Durian Crepe

20gm tepung gandum
20gm tepung ubi
10gm tepung kastard
10gm tepung jagung
1 biji telur
1 sdb myk masak
1 sdb gula halus
40ml susu cair
150ml air
secubit garam
pewarna kuning

Cara membuatnya:
1.masuk semua bahan ke dalam mngkukkacau hingga sebati kemudian tapis
kalau adunan terlalu pekat tambah sedikit air ..
2. Ambil satu senduk kecil, tuang adunan dalam pan kemudian lenggankannya
seperti buat kuih ketayp….dengan api yang perlahan…
3. Buat sehingga adunan habis dan sejukkan….

FILLING..
150ML FRESH CREAM diputar hingga kental
isi durian secukupnya

Pastry Cream
2 cwn susu segar@cair
1/2 cwn gula-boleh kurgkan..
4 biji kuning telur saiz A
2 sdt serbuk vanila
secubit garam
6 sdb tepung jagung
2 sdb butter

Cara membuatnya:
1. masuk kesemua bahan dan kacau diatas api yang perlahan sehingga menjadi
pekat dan sejukkan sekurang-kurang 3 jam sebelum melipat crepe

Cara melipat crepe:
1. sekeping kulit crepe, terbalikkan yer yg lincin bahagian bawah sekali…
2. ambil 1/2 sudu besar isi durian, letakan  1/2 sudu besar  pastry
cream dan fresh cream
3. lipat  dari arah depan ke belakang, belakang kearah depan , kiri
kekanan  dan kanan ke kiri…


Kalau tengok dari bahan-bahan tu nampak mudah dan senang kan ? Macam kuih ketayap jer ni.. Aku nak cuba buat lah bila-bila…Tak pun, suruh mak aku buat..hahahaha..senang cerita…Sekarang ni, nak cari dulu durian crepe ni dan nak rasa kesedapan nya…. Kena serbu bakery kat kedah ni…..
Resepi credit to : Homemade Norayub

You may also like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge