Drama Rindu Awak 200%

Drama Rindu awak 200% ini adalah adaptasi dari novel karya Liyana Zahim yang bakal ditayangkan di Slot Akasia TV3. Drama bersiri ini diarahkan oleh Aidilfitri Mohamed Yunos dan skrip diolah oleh  Nieza Nahar. Rindu Awak 200% menampilkan Zul Arrifin dan Adya Jebat sebagai peneraju utama. Antara pelakon lain yang terlibat sama ialah Jonathan Putra, Ika Nabella, Adeline Tsen, Karl Shafek dan ramai lagi.

rindu, awak, 200%, tv3, akasia

pelakon, drama, rindu awak, 200, zul, arifin, adya, jebat

Sinopsis Rindu Awak 200 % :

     Zill Faezrul Iqbal – Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya. 
Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel. 
Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque! 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge