Drama Kasih Berbisik

drama, kasih, berbisik, gabung, tiga, negara,
Media Prima Berhad (Malaysia) dan MediaCorp Pte Ltd (Singapura) menandatangi perjanjian untuk menerbitkan siri drama televisyen secara usaha sama di antara dua anak syarikatnya yang dalam bidang penerbitan, iaitu Primeworks Studios dan MediaCorp Eaglevision. Barisan pelakon, Keith Foo, Nick Mikhail, Remy Ishak, Tasha Shilla, Demmy Febriana dan Nurul Aini.
drama, kasih, berbisik, tv3, malaysia, dan, singapura

Sinopsis Drama Kasih Berbisik :

Berlatar belakang metropolitan Singapura, kehijauan panorama di Malaysia dan suasana eksotik Bali,  Kasih Berbisik  adalah kisah klasik cinta yang tidak kesampaian dan persahabatan yang menjadi  keruh. Drama ini berkisar kehidupan Imran, seorang arkitek Singapura yang pergi ke Bali untuk bekerja tetapi menemui cinta hatinya, Sulastri, seorang penari Bali. Imran menyimpan rahsia perkahwinannya dengan Sulastri daripada isteri pertamanya selama 6 tahun, Tina. Setahun kemudian Sulastri melahirkan bayi perempuan bernama Eka.

Pada masa yang sama, Dharma, bekas teman lelaki Sulastri, telah bertekad untuk memilikinya semula walau dengan apa cara sekalipun.  Perasaan dendam yang membara menguasai diri Dharma apabila mengetahui Imran telahpun mengahwini Sulastri dan merahsiakan perkahwinan pertamanya daripada Sulastri. Pelbagai peristiwa yang tidak dijangka dan rahsia silam  yang menyusul pasti  akan membuatkan para penonton tidak lekang menonton drama 13 episod ini

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge