Drama Kasih Berbisik Bakal Ditayangkan Di Dua Buah Negara

drama, kasih, berbisik, bakal, ditayangkan, di, dua, buah, negara

Media Prima Berhad (“Media Prima”) dan MediaCorp Pte. Ltd. (“MediaCorp”) telah menandatangani perjanjian untuk menerbitkan siri drama televisyen secara usaha sama di antara dua anak syarikatnya yang terlibat di dalam bidang penerbitan, iaitu Primeworks Studios (“Primeworks”) dan MediaCorp Eaglevision pada 24 Februari 2014.

sidang, media, drama, kasih, berbisik, tv3, mediacorp

 Usaha sama di antara Primeworks dan MediaCorp Eaglevision ini bertujuan untuk menerbitkan siri drama yang berkualiti tinggi yang dapat menarik minat para penonton di Malaysia dan Singapura, di samping menggabungkan kepakaran kedua-dua pihak dalam bidang penerbitan rancangan TV.  Siri ini akan dirakamkan di dalam format definisi tinggi (HD).

paparan, akhbar, kasih, berbisik, mediacorp, dan, mediaprima

Produksi drama Kasih Berbisik ini akan bermula pada bulan April dan berakhir pada penghujung bulan Julai. Produksi ini akan diketuai dan diselia dua Penerbit Ekekutif iaitu Encik Zulkeflee Said, Penerbit Eksekutif, Primeworks dan Puan Sabariah Ramilan, MediaCorp Eaglevision.

Drama Kasih Berbisik ini bakal diterajui pelakon dari 3 buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan juga Indonesia.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge