Dapat Surat Dari

PPZ, MAIWP, kuala, lumpur
Semalam, masa aku balik rumah, mak aku cakap ada surat. Katanya dari PPZ seperti yang tertulis kat sampul surat itu. Aku pun pelik, kenapa pula PPZ hantar aku surat ? Kalau bungkusan itu aku tau lah kan. Maknanya hadiah aku dah sampai,tapi ini surat. Kenapa ya? Aku pun buka lah sampul itu dan baca. Wahhh…cuba teka apa kandungan surat itu? Aku dapat tawaran kerja…. wahhh…tapi itu hanyalah rekaan aku jer, kandungan surat itu tulis ini

PPZ, pusat, punggutan, zakat, kuala, lumpur
Tak sangka lah pula pihak PPZ boleh hantar surat. Apa-apa pun, terima kasih kepada PPZ kerana sudi mengutuskan surat. Sebenarnya, dah banyak kali aku sertai kuiz dan juga melawat Facebook Pusat Punggutan Zakat. Semuanya bermula pada bulan Ramadhan yang lepas sebabnya aku nak tahu bagaimana nak tunai zakat dengan cara yang mudah, cepat dan selamat. Maklumlah, aku ni sibuk kerja je sampai tak ada masa untuk jalan-jalan. Jadi aku gunakan lah kemudahan terkini yang disediakan oleh Mark Zuckerberg. Tahniah juga aku ucapkan kepada pihak PPZ kerana menggunakan platform ini untuk menyampaikan dakwah berkaitan zakat.
Selain mengetahui info berkaitan zakat, korang juga berpeluang untuk menang pelbagai hadiah tau… Macam-macam ada. Aku dah pun dapat hadiah. Kalau korang nak juga, jom lah LIKE Facebook Pusat Punggutan Zakat. Tak rugi lah korang. Kita dapat ilmu dan juga dapat hadiah. LIKE lah cepat.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge