Cerita seminggu…

28/10/2012
Hari ni awal pagi tauke aku dah call. Ia cakap dia dah
sampai kat kedai. Awal gila tu..Pukul 8.30 pagi dah sampai? Dah lah tak inform
apa-apa kat aku. Semalam aku mesej dia, tak pula nak reply.  Pagi ni, jadi kelam kabut aku dibuatnya. Bila
aku sampai, katanya pukul 9.00pagi kawan dia nak datang format PC. Biasalah
kalau dah janji yang sekadar janji…Pukul 10 lebih baru sampai.  Kerja-kerja format PC bermula….huhuuh…. 
29/10/2012
Hari ni hari ke dua format PC kat
kedai. Tauke janji pukul 9.50 pagi tapi aku dah sampai 9.30 pagi. Tak nak jadi
orang tak tepati janji.  Tapi tahu tauke
sampai pukul bape? Hhhhmmm biasalah, dah nama pun tauke, dia boleh lah datang
pukul bape pun. Janji tu hanya sekadsar janji je. Manusia, biasalah tu. Pukul
10.05 budak yang format PC sampai. Dia datang terus buat kerja.
Alahaiii..lambatnya nak siap. Aku dah naik boring dah. Apa boleh buat, kalau
kerja macam ni. Ada 6 PC tak sama driver. Itu lagi satu masalah.  Sebaik sahaja tauke aku sampai, ntah pukul
berapa pun aku tak pasti, budak tu beritahu masalah tu. Jadi, CPU PC yang tu
kena bawa ke kedai yang tauke aku beli driver tu.  Ambil masa lama gila tauke aku pergi install
driver tu. Hampir 4 jam tu. Wooo…..tak pernah aku install driver PC sampai 4
jam. Budak yang format PC tu dah nak balik. Pastu minta bayaran Rm+++…Gila
lah…Kerja macam ni senang jer dapat RM+++….Tapi betul lah, memang harga ni pun
kalau kat tempat lain. Tapi yang tak bestnya, aku yang tolong dia buat kerja
aku dapat apa? Kosong..kosong..kosong…. Ya Allah, aku harap Kau ikhlaskan hati
aku ini.
Memandangkan dia minta bayaran
sebanyak tu, tauke aku beralah sikit antara nak bagi atau tidak. Masa tu
berlakulah pertengkaran kecil antara mereka. Aku? Aku duduk diam je. Malas nak
masuk campur hal orang. Masa tu, aku dengar tauke aku kata nak bagi upah kat
aku lebih sikit. Wauuu….boleh percaya ke ? Selalunya kosong jer….Tapi tak pe
lah, aku ikhlaskan je kalau dia tak bagi pun. Aku tak minta pun. Aku tolong
kerana Allah.
Petang ni, guruh kuat berserta
hujan dan kilat. Macam biasalah kalau dah hujan, guruh dan kilat, akan
berlakunya ‘blackout’ kat kedai ni. Hhhhhmmmmm…..Kali ini, tauke aku sendiri
merasa macamne aku hadapi. Terpaksa duduk dalam gelap hampir satu jam. Tapi tak
apalah dah ramai kan, cuba bayangkan kalau dok sorang-sorang. Hanya Allah saja
yang tahu. Alhamdulillah, aku masih dilindungi Allah. 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge