Cerita Raya Sheera Iskandar
Untuk entry kali ini, aku nak kongsikan cerita raya Sheera Iskandar. Sheera Iskandar atau nama sebenarnya Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar merupakan anak kepada pelakon Aznah Hamid. Sheera Iskandar mula dikenali dalam drama bersiri Halimah Jongang.

Menyingkap cerita raya, Sheera memberitahu dia menyambut Hari Raya Aidilfitri kali ini secara sederhana sahaja.” Raya kali ini sederhana sahaja.Memang biasanya kita akan balik Johor dan Singapura”, kata Sheera.

Apabila ditanya juadah apa yang akan dicari bila hari raya, Sheera memberitahu dia akan balik awal ke Singapura kerana mahu singgah di Geylang untuk membeli daging dendeng.Sheera memberitahu lagi makanan yang wajib ada bila Aidilfitri di Singapura ialah lontong kuah lodeh, sambal pengantin dan macam-macam lagi.
Drama lakonan Sheera Iskandar yang kini ditayangkan ialah Walau Sedetik Cuma di TV Alhijrah.