Bagaimana Hendak Mula Melabur Emas

Bila sebut emas je semua mesti akan ingat mahal dan kos tinggi. tapi tahukah anda sebenarnya emas boleh mula disimpan dengan modal yang kecil iaitu serendah RM100 . Nak mula menyimpan emas ini tak perlu modal yang besar, mulakan dengan modal yang kecil iaitu serendah RM200 dah boleh menyimpan 1gram emas. Saya pun bermula dengan modal serendah RM186 untuk 1 gram emas. Tahukah anda bagaimana hendak mula melabur emas?

Bagi yang nak mulakan pelaburan emas dengan modal kecil, mungkin anda boleh pertimbangkan salah satu daripada cara ni;

1. Beli Emas Secara GAP

Sekarang, Public Gold sediakan alternatif terbaru penyimpanan emas yang diberi nama Gold Accumulation Program (GAP). Ia memudahkan kita menyimpan emas walaupun dengan modal bawah RM200 hingga RM250. Ini kaedah simpan emas paling mudah buat masa ini di Malaysia. Kaedah belian Akaun Emas GAP ni mirip Akaun Emas yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House (KFH). Kita boleh beli emas sekecil 1 gram, dan boleh tambah simpanan dari masa ke semasa dengan gandaan 1 gram.

Walaupun ia “akaun emas” tetapi kita boleh keluarkan emas tu dan simpan sendiri. Bagi sesiapa yang tak nak simpan sendiri (sebab takut hilang), emas tu kita boleh simpan dengan Public Gold secara percuma! Ya, secara PERCUMA.

2. Beli Gold Bar 1 Gram

Selain gold bar 1 gram keluaran Public Gold, boleh juga beli gold bar 1 gram yang ada di pasaran. Harganya sekitar RM200 – RM250 sekarang ni. Buat masa ini yang famous di Malaysia (selain Public Gold) ialah gold bar 1 gram keluaran Power Golddan kedai-kedai emas seperti Poh Kong, Habib Jewal atau Wah Chan.

Mulakan dengan gold bar 1 gram jenama lain pun boleh, tapi secara jujurnya, saya tak galakkan sebab kebanyakkan gold bar 1 gram jenama selain Public Gold, harga per gramnya mahal, dan susut nilainya tinggi. Kalau nak jual balik emas tu nanti, susut nilainya boleh mencecah 20%! Lambat untung berbanding emas yang susut nilainya rendah. Melainkan anda beli emas untuk dijadikan ‘harta karun’ ataupun sekadar untuk koleksi, dan tak fikir langsung untuk jual, itu ok.

Apa yang perlu anda tahu, harga per gram untuk item “gold bar 1 gram” yang dikeluarkan oleh mana-mana syarikat sekalipun, biasanya lebih mahal berbanding gold bar bersaiz lebih besar. Maksudnya, HARGA PER GRAM untuk gold bar 1 gram biasanya lebih mahal berbanding beli gold bar yang bersaiz 10 gram atau 100 gram. Ini disebabkan minting cost-nya lebih mahal.

Cuma berdasarkan pemerhatian saya setakat ini, satu-satu cara untuk dapatkan gold bar 1 gram termurah di Malaysia hanyalah dengan beli melalui kaedah akaun emas GAP seperti point 1 saya di atas.

3.  Beli Syiling Emas 1 Dinar

Kalau ada bajet dalam sekitar RM800 – RM850, boleh beli syiling emas 1 dinar (4.25 gram). Beli dan simpan sendiri. Coin 1 dinar biasanya harga per gram lebih murah berbanding gold bar 1 gram. Ini disebabkan coin 1 dinar dikeluarkan khas untuk tujuan pelaburan, sedangkan gold bar 1 gram biasanya dijual sebagai “item koleksi” ataupun sebagai “hadiah” -> harganya lebih mahal.

Banyak jenis dinar yang ada di pasaran sekarang ini, tapi berdasarkan pemerhatian saya, coin 1 dinar Public Gold yang terbaik (buat masa ini) disebabkan harga per gram lebih murah, dan susut nilainya rendah iaitu 9% sahaja. Ia antara yang terendah (paling untung) di Malaysia. Dan paling penting juga, kita jimat daripada membayar caj GST 6% (disebabkan ia emas yang diiktiraf peringkat antarabangsa – London Bullion Market Association). Urusan jual beli pun mudah sebab Public Gold ada 18 cawangan seluruh Malaysia.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge