Awak sekat rezeki saya

Ada beberapa hari yang lepas, ada seorang jurujual ni masuk dalam kawasan tempat kerja aku. Aku sebagai orang yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal ni, aku pun tahan lah pak cik nie… Macam polis trafik nak tahan orang tu, macam tu lah aku buat.
Aku : Pak cik tak boleh masuk sini. Sini bukan tempat menjual.
Pak Cik Tu : Eh..kenapa tak boleh plak ? Sebelum ni saya masuk tak pe je.
Aku : Pak cik, sebenarnya memang tak boleh masuk..ini kawasan orang bekerja..
Pak Cik Tu : Saya selalu tau masuk sini dulu, datang jer awak, awak sekat rezeki saya. Tau lah gaji awak tinggi…Awak jangan berlagaklah dengan gaji awak yang tinggi tue..
Aku : Ya Allah..Pak cik, bukan sebab gaji saya tinggi ke apa, kalau ikut undang-undang, pak cik tak bleh masuk sini.Salah sebenarnya.
Pak Cik Tu : Awak ni saja je kan nak halang rezeki saya. Saya nak meniaga, bukan nak buat apa-apa pun.
Aku : Memang lah nak meniaga, tapi pak cik tak boleh masuk sini. Ini kawasan larangan.
Pak Cik Tu : Ahhh..sudahlah….
Ya Allah..sampai saat ini aku masih memikirkan kejadian itu…Adakah salah tindakan aku itu?

2 thoughts on “Awak sekat rezeki saya

  1. awak hanya jalankan tugas awak. jangan risau, rezeki untuk pak cik tu dah ditetapkan oleh Dia. mungkin pak cik tu terkejut kot sampai dia cakap macam tu sebab sebelum ni dia boleh je meniaga kat situ.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge