Automated Enforcement System – AES

Saja jer nak tahu pasal AES ni… Sebelum tak tahu pun lebih lanjut.  Sekarang heboh pasal AES lepas ni apa pula…..

AES, kamera AES, kes AES

a)
Apa itu AES – Automated Enforcement System
AES ialah suatu kaedah penguatkuasaan peraturan & undang-undang lalulintas
secara automatik yang beroperasi 24 jam tanpa henti walau dalam apa jua keadaan
cuaca.
b) Bagaimana AES beroperasi?
AES beroperasi dengan pemasangan kamera automatik di lokasi-lokasi tertentu
seperti jalanraya, lebuhraya & persimpangan lampu isyarat. Kamera akan
menangkap gambar kenderaan yang melakukan kesalahan & dihantar ke pusat
kawalan AES kemudian diedit & disahkan lalu dihantar ke pusat AES JPJ. JPJ
akan mengesahkan kesalahan & butiran pemilik kenderaan & mengeluarkan
saman kepada pemilik kenderaan.
c) Bilakah AES mula beroperasi?
AES mula berkuatkuasa operasi pada 23 SEPTEMBER 2012.
d)
Di manakah lokasi AES beroperasi sekarang?
Sekarang AES hanya beroperasi di 14 lokasi iaitu :
Kamera Hadlaju
a) Km 7 Jalan Maharajalela Teluk Intan, Perak – hadlaju 60kmsj – kamera mobile
b) Km 376 Lebuhraya Utara Selatan – Slim River, Perak – hadlaju 110kmsj –
kamera tetap
c) Km 91, Jalan Ipoh – Butterworth, Perak – hadlaju 90kmsj – kamera mobile
d) Km 85.5 Jalan Ipoh – Kuala Lumpur, Tapah Perak, hadlaju 60kmsj – kamera
tetap
e) Km 205.6 Lebuhraya Utara Selatan, Taiping Utara, Perak – hadlaju 110 kmsj –
kamera tetap
f) Km D7.7 sungai Besi, Kuala Lumpur – hadlaju 80kmsj – kamera mobile
g) Jalan Persiaran Timur, Putrajaya – hadlaju 80kmsj – kamera mobile
h) Km301.9 Lebuhraya Utara Selatan, Kajang, Selangor – hadlaju 90kmsj – kamera
tetap
i) Jalan Lebuh Sentosa, Putrajaya – hadlaju 70kmsj – kamera tetap
j) Km 6.6 Jalan Kajang-Puchong, SKVE, Selangor – hadlaju 80kmsj – kamera tetap
Kamera lampu isyarat
a) Km 26 Jalan Ipoh – Kuala Kangsar – persimpangan lampu isyarat
b) Jalan Pasir Puteh (berhampiran TNB) – persimpangan lampu isyarat
c) Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur – persimpangan lampu isyarat
d) Jalan Ipoh, Kuala Lumpur – persimpangan lampu isyarat
e) Apa kesalahan yang dikuatkuasakan di bawah AES?
Setakat hari ini :
a) Memandu melebihi hadlaju; dan
b) Melanggar isyarat lampu isyarat.
f) Siapa yang mengendalikan AES?
AES dikendalikan secara bersama oleh JPJ & dua (2) syarikat swasta yang
memasang kamera iaitu Beta Tegap Sdn Bhd & ATES Sdn Bhd.
g) Apakah teknologi yang digunakan?
Beta Tegap Sdn Bhd menggunakan kamera keluaran Redflex dari Australia manakala
ATES Sdn Bhd menggunakan kamera keluaran Jenoptik Robot dari Jerman.
h) Di mana kamera AES dipasang?
Kamera AES dipasang di lokasi-lokasi kemalangan maut yang ditentukan oleh
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya Malaysia [MIROS]
i) Apa fungsi syarikat Beta Tegap Sdn Bhd & ATES Sdn Bhd dalam AES?
Kedua-dua syarikat ini diberihak oleh Kerajaan untuk memasang kamera di lokasi
yang telah ditetapkan.
j) Adakah syarikat mendapat hasil daripada AES?
Ya, mengikut Model Kewangan dengan Formula 3 Langkah yang telah dipersetujui sejak
tahun 2009, kedua-dua syarikat layak mendapat RM16 setiap saman yang dibayar.
k) Bagaimana AES dikuatkuasakan?
Saman dikeluarkan oleh JPJ kepada pemilik kenderaan supaya hadir ke Mahkamah di
kawasan kesalahan dilakukan. Jika pemilik bukan pemandu ketika kesalahan
dilakukan, pemilik hendaklah memberitahu JPJ maklumat pemandu dalam tempoh 30
hari dari tarikh Saman dikeluarkan.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge