Shukri Yahaya Teruja Berlakon Filem Surf This Love

shukri yahaya
shukri, yahaya, file, surf, this, love
Shukry Yahaya Teruja Berlakon Surf This Love
Shukri Yahaya melahirkan keterujaan kerana pertama kali diberi peluang memegang watak utama dalam sebuah filem.Surf This Love merupakan filem pertama saya memegang watak utama. Semestinya ia memberikan pengalaman baharu dan saya sangat teruja kerana selama ini tidak pernah bermain luncur air.
“Selepas ini saya akan sibuk mempromosikan Surf This Love pula dan secara peribadi saya menyukai filem ini kerana wataknya berbeza.
“Saya sengaja membiarkan rambut menggerbang panjang bagi menjiwai watak sebagai ‘surf boy’. Ini kerana kebanyakan imej peluncur air memang begitu. Saya juga menyukai laut dan sangat seronok ketika menjayakan penggambaran filem ini.
“Mudah-mudahan Surf This Love mendapat sambutan hangat penonton kerana ia karya pertama
seumpanya di negara ini,” katanya.
Shukry Yahya dalam Filem Surf This Love
Shukry Yahya dalam Filem Surf This Love
Dalam cerita ini, saya memegang watak Bily. Saya ingin mengikut jejak langkah arwah abang, Boby (lakonan Pekin). Boby merupakan seorang legenda yang mahir dalam aktiviti luncur air tetapi saya pula tidak sepertinya dan perkara itu menjadikan saya sering ditertawakan oleh orang lain.
Skrip untuk filem ini sangat bagus kerana ia melibatkan hubungan persaudaraan antara abang dan adik,
tentang persahabatan dan diselitkan sedikit elemen cinta,ujarnya yang popular dengan drama 7 Hari Mencintaiku.
Continue Reading

Sinopsis Filem Surf This Love

Filem, surf, this, love, filem, terbaik
Filem Surf This Love ini dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Christina Suzanne Josiah Hogan, Pekin Ibrahim, Farid Kamil, Ardell Aryana, Beto Khusyairi, Mustakim Bahadom dan Mimi Ernida. Filem ini diarahkan oleh Wan Mohd Hafiz Wan Hussain dan idea asal oleh Khairul Kiasan.
shukri, yahaya, tayang, badan, dalam, filem, surf, this, love
christina, suzzane, pelakon, file, surf, this, love
Sinopsis Filem Surf This Love 
Billy bekerja dengan kakaknya, Siti sebagai pemandu pelancong di Pulau Tioman. Sejak kecil, Billy sangat suka dengan sukan surfing (luncur ombak) kerana dia mendapat sumber inspirasi dari arwah abangnya iaitu Bobby yang merupakan seorang juara luncur ombak yang terkenal. Selain Bobby, Mike
Malaya dan Jimmy yang juga sahabat arwah abangnya juga handal dalam sukan luncur ombak, turut menjadi idola Billy.
Walaupun sangat obsess dengan sukan surfing sejak dia berusia 12 tahun hinggalah sekarang Billy tidak pernah betul-betul cekap dan handal bermain dengan surf board dan ombak. Pencapaiannya dalam sukan ini terbantut kerana arwah abangnya Bobby mati dalam satu pertandingan sukan luncur ombak di Bali. Manakala Jimmy yang masih berkawan dengannya hingga kini dan tinggal tidak jauh dari rumahnya juga enggan mengajarnya kerana Jimmy mengalami kecacatan di kaki. Kesan dari kecederaan di kakinya dan juga sejak kematian Bobby, Jimmy bagaikan sudah ‘patah hati’ dengan sukan luncur ombak. Mike Malaya pula sejak kematian Bobby, dia telah merantau ke seluruh dunia bagi menyertai sukan luncur ombak. Maka terpaksa lah Billy terkial-kial berlatih surfing sorang diri tanpa tunjuk ajar sesiapa pun. Walaubagaimanapun, apa jua cabaran dan kesusahan, minat Billy dengan sukan ini tidak pernah luntur.
pelakon, surf, this, love, pekin, ibrahim, ardell
Cerita ini bermula dengan kehadiran seorang blogger yang cantik dari Kuala Lumpur iaitu Mia yang bertandang ke Pulau Tioman untuk membuat liputan tentang keindahan Pulau Tioman bagi bahan berita dalam blognya. Walaupun Mia pertama kali sampai Tioman dan hanya datang seorang diri, Mia tidak berdepan dengan sebarang masalah kerana di Tioman, Mia mempunyai seorang sahabat yang pernah belajar bersama-sama dengannya di universiti dahulu iaitu Lia. Lia bekerja dengan abangnya Jimmy, yang mengusahakan sebuah café dan bengkel membaiki surf board.
Lia mencadangkan Mia mendapatkan khidmat pemandu pelancong bagi membawanya bersiar-siar ke seluruh Pulau Tioman kerana dia sibuk membantu abangnya menguruskan kedai. Pemandu pelancong yang dimaksudkan Lia adalah kawanya sejak kecil iaitu Billy.
Billy lah yang membawa Mia bersiar-siar seluruh pulau. Dari perkenalan singkat itu, Mia tertarik dengan perwatakan Billy yang kelakar dan bersahaja. Jauh dalam hati Mia, Mia kagum dengan kesungguhan Billy dalam sukan surfing walaupun Billy sering gagal. Bagi Billy pula, dia sudah mula jatuh hati pada Mia kerana Mia tidak seperti orang lain yang sering merendah-rendahkan cita-citanya.
Continue Reading

Tujuh Kali Rombak Skrip Filem Surf This Love

filem, aksi, luncur, pertama, malaysia, surf, this, love
Wan Mohd Hafiz yang sebelum ini sudah mengarahkan tiga filem iaitu Tok Mudim, Mat Tudung dan Puaka Balai Gombak berkata, skrip asal STL telah dirombak termasuklah plot dan jalan cerita yang dirasakan sesuai dengan karakter setiap pelakon filem itu.
 “Tidak mudah sebenarnya untuk kami menyiapkan naskhah ini. Praproduksi juga memakan masa berbulan-bulan.
 “Itu belum termasuk rombakan skrip yang kami dapat. Tujuh kali kami rombak skrip asal STL ini. Penulis asal cerita ini Khairul Kiasan juga bersetuju dengan idea dan perubahan yang kami buat untuk filem ini,” katanya yang pertama kali mengarah filem mengenai sukan luncur air.
Surf, This, love, Filem, Malaysia, Pertama, Shukri, Yahaya
Tambahnya, filem berkenaan memerlukan visual yang agak berat, namun dengan jalan cerita yang bersahaja, STL diharap dapat diterima apabila ditayangkan.
 “Kekuatan cerita ini adalah penggabungan kisah-kisah pendek yang disatukan menjadi sebuah cerita besar. Walaupun ia adalah romantik komedi, tetapi komedinya bersahaja,”  katanya yang ditemui di lokasi penggambaran sekitar Pulau Tioman.
 Olahan yang dibuat untuk menjadikan filem itu lebih mudah difahami dan kena dengan setiap pelakon.
pelakon, filem, surf, this, love
STL membariskan hero dan heroin yang sedang meningkat namanya iaitu Shukri Yahaya dan Christina Suzanne, dibantu Josiah Hogan, Beto Khusyari, Pekin Ibrahim dan Farid Kamil.
Menjalani penggambaran di sekitar Pulau Tioman dan Bali, STL bukan filem cinta klise yang selalu dipertontonkan.
 “Kami janjikan kelainan kerana paparan plot, sinematografi dan kekuatan filem ini adalah pada jalan cerita yang ringkas dan mudah difahami.
 “Ia dihasilkan daripada hati dan saya mahu ia dipandang sebagai satu karya yang berharga bukan saja untuk saya, malah untuk industri filem juga,” katanya.
Continue Reading

Surf This Love filem peluncur pertama Malaysia

filem, surf, this, love, lakonan, shukri, yahaya
KELAINAN. Ini yang ingin disampaikan menerusi filem Surf This Love (STL). Filem terbitan Global Solution Resources ini mengisahkan kehidupan pemain luncur air. Pertama seumpamanya di Malaysia, penerbit filem ini nyata berani untuk mengetengahkan sesuatu yang lain daripada biasa.
Penerbitnya, Amie Zhu berkata, pihaknya ingin keluar daripada kepompong filem tempatan yang
banyak dihidangkan dengan genre dan cinta.
“STL adalah kisah mengenai kehidupan peluncur air. Walaupun tahu berdepan risiko dengan
mengetengahkan kisah sebegini, tetapi saya mahu masyarakat kita tahu, di negara kita juga ada tempat meluncur air terbaik seperti Pulau Tioman.
 “Ramai tidak tahu, setiap tahun diadakan pertandingan meluncur air di Pulau Tioman yang menjadi tumpuan peluncur dari luar negara,” katanya.
Amie berkata, dengan jalan cerita itu, sudah pasti pelakon utama perlu tahu kemahiran meluncur dan paling penting tahu berenang.
“Kerana itu, pemilihan dibuat dan kami ambil Shukri Yahaya untuk membawakan peranan utama.
“Shukri seorang pelakon yang baik apabila sengaja membiarkan rambutnya menggerbang panjang bagi menjiwai watak sebagai ‘surf boy’. Ini kerana kebanyakan imej mereka memang begitu dan saya amat menghargai usahanya itu.
senarai, pelakon, filem, surf, this, love

“Cabaran besar untuk mendapatkan pelakon yang boleh memberikan komitmen tinggi dalam sukan air seperti berenang. Sebelum ke lokasi penggambaran, Shukri dilatih meluncur terlebih dahulu supaya aksinya di atas papan luncur kelihatan semula jadi dan bersahaja seperti seorang juara,” katanya.

Dalam pada itu, Amie berkata, bagi menyiapkan naskhah tersebut, pelbagai perkara terjadi kepada team STL antaranya mengalami masalah logistik dan pengangkutan sewaktu di Pulau Tioman dan Bali.
“Trak pikap kami rosak di tengah jalan sewaktu dalam perjalanan ke lokasi penggambaran di Tioman. Ada juga berlaku pokok tumbang, pelakon jatuh ke dalam laut dan macam-macam lagi.
“Tidak hanya di Tioman, malah ketika di Bali, kami mengalami masalah komunikasi, nilai mata wang kita yang masih rendah serta makanan. Tetapi, saya gembira dengan komitmen yang diberikan semua kru dan juga pelakon dan hasil penggambaran sangat memuaskan,” katanya.
Menampilkan Wan Mohd Hafiz Wan Hussain sebagai pengarah, Amie begitu berpuas hati dengan
hasil kerjanya.
sumber : sinar harian
Continue Reading

Sinopsis Lafazkan Kalimah Cintamu

lafazkan - kalimah - cintamu - farid kamil
Drama Lafazkan Kalimah Cintamu
Lafazkan kalimah Cintamu ini bakal ditayangkan di saluran ASTRO lakonan Farid kamil, Neldia Sensrose.
Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

 

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.
Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?

drama, lafazkan, kalimah, cintamu, astro, ria,
Lafazkan Kalimah Cintamu

 

Continue Reading