Tips Simpan Emas 1 Gram 1 Bulan

Tips Simpan  Emas 1 Gram 1 Bulan

Tukar duit kepada emas

Jadi bagi sesiapa nak memulakan tabiat ini, ini strategi yang berkesan yang boleh saya cadangkan. Dan inilah juga yang saya buat setiap bulan. Saya mula menyimpan emas pada Oktober 2016 sehingga sekarang. Saya mula diperkenalkan kepada simpanan emas ini oleh sifu terbaik saya iaitu Encik Azali Abu Bakar. Beliau lah yang banyak membantu dan mengajar saya mengenai simpanan emas ini. Disini saya kongsi tips simpan emas 1gram 1 bulan

Bagaimana hendak menyimpan emas setiap bulan ?

#1 – Target simpan emas 1 gram 1 bulan sebagai “forgotten saving(simpanan untuk dilupakan). Selain Tabung Haji dan ASB kita boleh tukarkan duit kita kepada emas. Jadikan emas sebagai “forgotten saving”. Simpan, dan lupakan.

#2 – Setiap kali dapat gaji, terus beli 1 gram emas. Dapat gaji je perkara pertama pelu buat ialah terus beli emas. Dengan akaun GAP Public Gold ni mudah, kita boleh buat pembelian secara online. Jangan nak tunggu duit lebih baru nak menyimpan sebab memang tak akan ada duit lebih. Ramai pakar kewangan kata”Disiplin menyimpan yang betul; “simpan dulu belanja selebihnya” bukan “belanja dulu simpan selebihnya”.

#3 – Jangan tunggu harga terbaik. Ini yang penting. Kita selalu silap bila kita tunggu harga tebaik untuk beli emas. Harga emas memang akan berubah setiap hari. Kalau tunggu pun selalunya tak berbaloi dengan risiko duit itu bocor. Takut-takut nanti, bila harga dah rendah, duit pula yang habis!

#4 – Beli emas melalui kaedah Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program) Public Gold. Ini kaedah termudah dan termurah di Malaysia buat masa ini bagi sesiapa yang nak simpan 1 gram 1 bulan. Apa yang bagusnya Public Gold telah mendapat sijil patuh syariah.Tiada GST.

#5 – Bila cukup 6 gram, keluarkan gold bar 5 gram sekeping dan simpan dalam dompet! Guru emas saya En. Syukor Hashim cadangkan buat begini supaya terasa aura dan keseronokkan simpan emas! Memang “feel” akan berbeza. Ia mempengaruhi minda separa sedar supaya kumpul lebih banyak kepingan emas! InsyaAllah.

 

rujukan : MohdZulkifli.com

Continue Reading

SAMBUTAN HARI WANITA DAN PELANCARAN G-WAR PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN

SAMBUTAN HARI WANITA
SAMBUTAN HARI WANITA DAN PELANCARAN G-WAR PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Khamis, 22 Mac 2018 – Sambutan Hari Wanita dan Pelancaran Gerakan Wanita Anti Rasuah (G-WAR) telah diadakan di Dataran Pahlawan, Alor Setar, Kedah. Sambutan ini adalah anjuran bersama Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Kedah (JPW Negeri Kedah ), Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kedah dan juga Kerajaan Negeri Kedah.

Sambutan Hari Wanita dan Pelancaran G-WAR ini mendapat sambutan lebih dar 1000 orang peserta. Acara yang berlangsung sepanjang sambutan ini ialah zumba. Semua peserta melakukan zumba beramai-ramai selama 4 jam.

YBhg Datin Seri Diraja Hizam, isteri Menteri Besar Negeri Kedah
YBhg Datin Seri Diraja Hizam, isteri Menteri Besar Negeri Kedah bersama vip

Sambutan Hari Wanita dan pelancaran G-WAR ini dirasmikan oleh YBhg Datin Seri Diraja Hizam, isteri Menteri Besar Negeri Kedah.

Sambutan Hari Wanita dan Pelancaran G-WAR
Peserta sedang berzumba di Sambutan Hari Wanita dan Pelancaran G-WAR

Sambutan Hari Wanita dan Pelancaran Gerakan Wanita Anti Rasuah

Sambutan Hari Wanita dan Pelancaran G-WAR
Barisan jawatankuasa Sambutan Hari Wanita dan Pelancaran G-WAR
Continue Reading

DRAMA ZAHIR TAK TERUCAP

drama, zahir, tak, terucap, dilakonkan, oleh, airel, zafrel, shahrul, ridzuan
Zahir Tak Terucap dilakonkan oleh Saharul Ridzwan, Airel Zafrel, Raysha Rizrose, Farisha Irwayu, Esma Dainal, Idris Mat Diah. Bakal bersiaran di TV3 slot zehra.
SINOPSIS
ZAHIR TAK TERUCAP
Hisyam
terpaksa berkorban menjadi ‘kambing hitam’ dan mengakui segala kejahatan Haziq
semata-mata mahu menutup aib abangnya itu yang telah meninggal dunia.
Hisyam redha
dan mencari Aisyah, cinta pandang pertamanya yang dirogol oleh abangnya dulu
untuk bertanggungjawab namun mendapat halangan daripada kedua-dua keluarga dan
bakal tunangnya, Aireen.
Continue Reading

JANGKAAN HARTANAH 2018

jangkaan, hartanah, 2018
1. KUASA MEMBELI SEMAKIN KECIL
Bila ekonomi suram, kuasa membeli semakin mengecil. Orang makin takut membeli dan ada komitmen hutang rumah yang panjang.
2. RUMAH MAMPU BELI KURANG.
 Suku pertama 2017 hanya 21% rumah bawah RM250k. Bagi golongan B40 hanya mampu beli kediaman bawah RM250k sahaja.Kediaman jenis ini paling kurang dibina sedangkan golongan ini adalah 40% penduduk.Purata rumah yang tidak terjual adalah berharga RM589,224.00!
3. RUMAH TAK TERJUAL SEMAKIN BANYAK
 Rumah tak terjual 20,807 bernilai RM12.2 billion meningkat 40%
4. PEMAJU SEMAKIN TERTEKAN
 Semua pemaju mengambil pembiayaan bank untuk bina rumah. Bank hanya beri pembiayaan jika 40%
rumah tersebut terjual. Pemaju tawarkan pelbagai skim zero deposit, skim penjawat awam, 1% deposit,cash back, free umrah, free perabot, free parking banyak yang free diberi.
5. JANGAN TERBURU MEMBELI
 Jika kerjaya belum stabil, jangan bina hutang rumah dulu sebab tempoh 30 hingga 35 tahun hutang.
6. PASARAN SEKUNDER JUGA TERLEBIH
Hartanah ini akan di jual dibawah harga pasaran. Jenis hartanah ini juga mula ada lebihan tidak boleh dijual kembali lebih RM4.0 billion.
Pemaju menjual pada harga over value menjadikan golongan pembeli yang ingin jual lepas
siap tidak laku!
7. PEMBIAYAAN BANK SEMAKIN KETAT
 Bank akan lebih teliti pembelian kakitangan swasta dan pemaju mencari pekerja kerajaan yang stabil sebagai pembeli mereka.
8. JANGKAAN PILIHAN RAYA 2018
 Orang menanti kesan selepas pilihanraya, apakah polisi akan kekal atau dasar perumahan akan berubah. Semua orang ternanti. Ada yang tunggu lepas pilihanraya baru membeli.
9. NILAI RINGGIT MASIH MENGECIL
 Matawang kita masih tidak stabil, jangkaan ia akan kekal seperti ini sepanjang tahun.
10. PELUANG PEKERJAAN KURANG.
 Sebagaimana langkah kerajaan mengekalkan jumlah kakitangan dengan memaksimumkan tenaga kerja.
Begitu juga swasta, mereka akan lebih berhati hati untuk mengambil kakitangan baru.
11. SKIM MY DEPOSIT 2018
 Bagi merancakkan kembali pasaran hartanah skim ini kembali diperkenalkan. Beli hartanah yang betul, bukan hartanah yang kita suka.
12. KAJIAN SEMULA PR1MA
 Kerajan harus mengkaji semula keberkesanan projek PR1MA. Bagaimana Projek Rumah Selangorku dan Rumah Rakyat di Johor lebih murah dari projek PR1MA.
Ada negeri yang projek PR1MA tidak selari dengan median gaji penduduk setempat.
13. PELABUR SEJATI
 Selagi ada tawaran munasabah dan harga dibawah pasaran, mereka kekal membeli.
14. SIMPAN DUIT KITA SEBAGAIMANA SURAH YUSOF 44-47.
 Akan sampai zaman susah, buatlah simpanan sebagaimana saranan Nabi Yusof a.s sebagaimana  diceritakan dalam Quran.
Apakah kita akan jadi seperti 72% sahaja penyimpan ASB yang hanya ada simpanan RM536.!
Sahaja.
Selamat Tahun
Baru 2018 kawan
Azizul Azli
Ahmad
Pelabur Kecil
#BinaMatlamatKewangan2018
Kemarau ini
akan panjang, bersedialah kawan.
Continue Reading

DRAMA TIPU KITA

Dalam drama Melayu terdapat banyak nilai yang tidak sihat. Walau ia drama ia tetap melekat
diminda kita sepanjang masa.
1. Anak muda dalam drama hidup kaya raya, mereka tak bayar PTPTN ka?
2. Rumah mesti bunglo ada kolam mandi 7 depa, itu belum tunjuk orang gaji ada 5.
3. Projek juta ria saja, mesti sebut ‘Holding Company’
4. Dato dan Tan Sri mesti ada dalam dialog mereka.
5. Orang kaya itu jahat sifatnya, mesti ada dengki sesama mereka. Nak masuk neraka ka?
6. Bulu mata lentik mesti pakai walau dalam bilik tidur dan bilik mandi.
7. Jika berhijab waktu tidur masih pakai juga, memang tidur pakai tudung fatwa baru
kebangsaan?
8. Lelaki pegang wanita itu tiada salahnya, adengan romantik katanya.
9. Aktiviti shopping sepanjang masa,mesti bawak beg shopping kemana mana
10. Kerja mudah tapi kaya raya, buka file sikit tapi bawa kereka BMW dan Audi punya
11. Tiada kereta Proton Saga dan Produa
12. Bercuti mesti keluar negara,bukan pantai Merdeka
13. Belanja mewah itu biasa
14. Mak ayah mesti kaya raya tak ingat dunia
15. Acara kahwin mesti meriah giler, macam hidup dalam istana
16. Mesti ada pendengki dalam mana mana organisasi.
17. Mengumpat itu pasti
18. Temanya hanya Cinta, cinta, cinta, cinta dan cinta lagi.
19. Bila jadi bos mesti garang giler. Nak hempas meja sahaja.
20. Waktu makan mesti ada dialong mewah dan gaduh punya, perut tak lapar ka?
Banyak nilai salah dalam drama kita, tiada nilai yang bina masyarakat sebenarnya.
Berhentilah tonton drama Melayu, ia sedang menghina pemikiran kita. Banyakkan baca buku dan
sembang dengan anak anak.
Kurangkan drama dalam hidup kita
Continue Reading