Aqsa Syarif Kesal Dengan Apa Yang Berlaku Di McDonalds Dungun

Boikot adalah bermaksud pemulauan atau tindakan untuk tidak mennguna, membeli, atau berurusan dengan seseorang atau organisasi sebagai wujud protes. Semalam tersebar gambar demontrasi memboikot McDonalds di Dungun. Aku terkejut bila tangok gambar tu, Kenapa sampai begitu sekali ? Perlukah kita adakan perhimpunan dihadapan premis berkenaan?

gambar, perhimpunan, boikot, dihadapan, mcd, dungun
gambar, boikot, dihadapan, McD, dungun
gambar, perhimpunan, boikot, Mcd, Dungun

Di bawah ni adalah kenyataan dari Aqsa Syarif berhubung kejadian boikot dihadapan premis McDonald Dungun.

KENYATAAN AQSA SYARIF BERHUBUNG KEJADIAN DI PREMIS McDONALDS DUNGUN PADA 5 OGOS 2014
Aqsa Syarif amat kesal dengan apa yang berlaku di McDonalds Dungun hari ini (5 Ogos 2014). Perbuatan sekumpulan orang yang mengganggu premis McD dan membaling objek keras serta menggoncang pintu kedai adalah amat dikesali. Perbuatan tidak bertamaddun ini tidak wajar dibiarkan begitu sahaja kerana ia bertentangan dengan tata susila, akhlak Islam dan lunas undang undang.
Sungguhpun boikot adalah hak pengguna melakukan tindakan sivil sebagai tekanan namun ia tidak mewajarkan seseorang itu bertindak secara fizikal atau lisan untuk menakut-nakutkan serta mendatangkan kecederaan batang tubuh atau emosi pada pemilik premis dan pekerjanya.
Aqsa Syarif memohon orang ramai yg menyokong kempen boikot supaya mengawal diri dan tidak melanggar batas undang-undang dalam menjayakan kempen boikot. Tindakan liar dan melampau ini tidak tergolong sebagai menyokong inisiatif boikot, sebaliknya lebih mirip kepada perbuatan merosakkan harta awam (vandalism).
Aqsa Syarif menyarankan orang ramai menghubungi pihak polis jika perbuatan ganas seperti ini berulang lagi. Untuk mengelak perkara seperti ini berulang oleh pihak tidak bertanggungjawab maka Aqsa Syarif menasihatkan agar tidak diadakan sebarang bentuk demo atau perhimpunan di hadapan atau berhampiran mana-mana premis yang berkaitan.
Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi
Aqsa Syarif
barang, dan, produk, untuk, boikot, sempena, gaza

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge