Adab Makan

1. Sebagai
seorang Islam, eloklah mulakan makan dengan bacaan ‘Bismillahirrahmanirrahim’.
Baca kuat-kuat tak apa, bagi orang lain tersentap dan sekaligus kita
mengingatkan diaorang untuk baca bismillah.
Makan menggunakan tangan kanan.
2. Kecilkan suapan. Jangan lah buka mulut luas-luas, bukan setakan makanan
yang masuk, lalat pun sempat masuk.
3. Lebihkan mengunyah supaya makanan hadam. Makan biar relaks dan cool git.
Janganlah macam ular sawa nak telan mangsanya.

4. Habiskan makanan yang ada dalam mulut sebelum ambil makanan yang
lain.  Yang ni mungkin sering terjadi, makanan dalam mulut tu tak habis lagi tapi tangan dah nak ambil makanan lain. Takut
makanan tu orang ambil katakan.
5. Jangan sesekali mencela atau menguji makanan. Alaaa….macam pernah buat
sebelum ni. “ Tak sedap lah bla..bla..ba…” Apa kata amalkan sikap Rasulullah,
jika baginda sukakan makanan itu, baginda akan mengambilnya. Jika sebaliknya,
baginda akan tinggalkannya atau biakannya sahaja.
6. Ambil makanan yang paling dekat dengan kita. Amboi..mentang-mentang
makanan yang depan kaan sebelah sedap, ka terus sambar yang tu kan. Jangan
macam tu ok.

7. Letakkan kuah atau lauk-pauk diatas nasi atau roti sekadar sahaja.
Janganlah letak sampai muntahan larva gunung berapi tu.
8. Jangan lumur tangan dengan makanan.
9. Jangan tiup makanan yan masih panas. “Fuhh..fuhhh..fuhh..” pulu betul
kita tiup makanan tu nak bagi sejuk, padahal sama je. Tips dia, kalau makan
makanan berkuah, letak ais kiub dalam tu,manakala kalau tak berkuah, tunggu lah
biar sejuk dulu.
10.Jangan minum air. Bukan tak boleh minum air, boleh…tapi minumlah ketika
perlu sahaja seperti ketika tercekik ke, kepedasan ke atau apa-apa yang
mebuatkan kena minum air.
11. “
Alamdulillah” Jangan pula lupa ucap tu ye selepas makan. Maknanya kta bersyukur
dapat makan juga.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge