6 Cara Mengubati Buruk Sangka

Sifat buruk sangka adalah sifat yang tidak baik.Sifat su’s dzan ini adalah salah satu daripada sifat mazmumah. Sifat ini boleh membuatkan hati dan perasaan kita berubah.

6 Panduan telah digariskan oleh Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat
sombong, angkuh, takabbur dan buruk sangka:
1 – Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia
daripada kita. Kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa.
2 – Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita
kerana dia sudah lama beribadat kepada Allah SWT berbanding dengan kita.
3 – Jika bertemu dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita
kerana dia lebih banyak ilmu yang dipelajari dan lebih banyak mengetahui
berbanding dengan kita.
4 – Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada
kita kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan. Sedangkan kita melakukan
dosa dalam keadaan mengetahui.
5 – Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka
kerana mungkin disuatu hari nanti mereka akan insaf dan bertaubat atas
kesalahan yang telah mereka lakukan.
6 – Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin
suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah SWT dan akan memeluk
Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah SWT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge