10 Cara Paling Mudah Simpan Duit

menabung, amalan, mulia, simpanlah, duit, dalam, tabung
1. Jangan beli dari mesin. Nak beli
apa ni dari mesin ? Air dan makanan lah. Di mana-mana sahaja ada mesin yang
menjual air dan makanan. Memang tak dinafikan, air yang dalam mesin tu nampak
lagi sedap. Tapi aku suka beli air dalam mesin kat KL Sental tu, harganya murah
sikt dari kedai-kedai kat dalam tu.
air, tin, dalam, mesin, mahal
2. Beli dalam kuantiti yang banyak
dan ketika promosi. Yang ni memang aku suka. Aku pantang nampak ada promosi,
aku akan terintai-intai tengok barang apa yang dijual. Baru-baru ni aku ada
pergi Mydin, ada promosi nugget. Harga dari RM 11.90 jadi RM10.90 dan bukan itu
saja, siap dapat free sausage satu pack. Sebelum beli, aku rasa lah dulu nugget
tu.
spesial, offer, promosi
3. Tutup suis elektrik yang tidak
digunakan. Lain kali tutup suis jangan hanya matikan TV dengan remote je. Kalau
peti sejuk tu tak apalah dibiarkan buka suis nya 24 jam.
4. Bawa bekalan makanan. Jangan dok
gelak noh. Jangan dok malu-malu ak bawa bekal pergi ke tempat kerja. Aku pun
bawa bekal ke tempat kerja. Jangan tak percaya, kalau tak percaya, tengok kat sini. kekadang kita bawa bekal makan
lebih puas dan kenyang lagi dari makan kat kedai. Apa yang penting, boleh jimat
duit kita lagi. Cuba kira harga bekal yang kita bawa dengan harga makanan yang
jual kat kedai tu.
5. Simpanan automatik. Aku rasa rami
juga kot yang buat macam ni Duit gaji automatik disimpan dalam akaun lain.
Macam aku, aku buat akaun ASB. Duit dalam ASB tu aku tak ambil pun, kalau
terasa nak ambil, jadi malas sebab nak kena pergi bank atau Pejabat Pos dan
tunggu giliran.
6. Guna pengangkutan awam. Kalau
kediaman dan tempat kerja dekat dengan kemudahan perkhidmatan awam, apa salahnya
kalau kita guna ya macam LRT, komuter, atau bas. Boleh juga kita bersenam. Tapi
kalau dah juah dari perkhidmatan awam, tak payah lah nak naik juga. Nanti
silap-silap, kena tunggu train yang seterusnya. 
Waktu aku belajar dulu, aku naik kereta dengan kawan-kawan rumah aku.
Memang jimat duit gak sebab kongsi duit minyak. Kalau naik bas, mampus poket
aku.
7. Guna kemudahan perpustakaan, kedai
mamak atau francais makanan segera. Kalau yang jenis minat membaca majalah atau
buku, pergilah ke perpustakaan. Gunakan kemudahan yang disediakan oleh
kerajaan. Macam aku, aku nak pergi perpustakaan aku malas sikit, aku pergi MPH
Bookstore je atau kedai buku yang lain. Masuk dalam tu, baca buku lain, tapi
bila pergi kat kaunter bayar untuk buku lain. Kekadang tak beli pun. (dah bocor
rahsia aku). Kedai mamak atau francais makanan segera untuk apa pula ?
Ala….jangan buat-buat tak tahu pula, untuk kemudahan menonton TV dan juga wifi
lah. Jimat duit tiap-tiap bulan dari kena bayar bil tu.
8. Kitar semula. Setiap kali kita
perg beli barang, pasti dapat beg plastic bukan ?  Beg plastic tu jangan dibuang tapi kita guna
balik beg lastik tu. Bukan itu sahaja, macam barang lain juga kita boleh kitar
semula seperti botol air, surat khabar dan barang yang lain.
reuse, reduce,recycle
9. Guna air tapisan. Kalau ada duit
lebih sedikit, apa kata pasang penapis air kat rumah.Jadi tak payahlah kita nak
pergi ambil air kat mesin-mesin penapis air tu. Alaaa…yang mesin air 1 liter
20sen tu.  Rumah aku baru-baru ni ada
pasang penapis yang kat luar tu. Diaorang pasang kat meter air tu. Kat dalam
rumah pun ada juga.
10. Buat dan ikut senarai. Senarai apa
? Kalau nak pergi beli-belah, buatlah senarai terlebih dahulu dan pastikan ikut
senarai itu. Jangan lupa, tetapkan juga bajet untuk berlanja. Jangan jadi macam
aku, tengok barang yang dalam senarai tu  tak ada jual, aku terus sambar barang
lain. Bila pergi kaunter, tengok-tengok dah terlebih bajet. Siapa yang rugi?
Aku juga yang rugi, kedai tu untung lah dia. (Lepas ni kena bawa beg plastik sendiri
sebab kat Kedah pada hari Jumaat dan Sabtu ialah Hari Tanpa Beg Plastik, kena
caj 20 sen untuk satu beg plastik).

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge